Tips Cantik: 5 Petua Buang Bulu Ketiak

shares |


Selain menggunakan pencukur, apa lagi cara untuk buang bulu ketiak yang tahan lama. Ini antara petua yang boleh anda gunakan.

Kunyit hidup dan kapur sirih

Cabut bulu ketiak satu persatu. Cabut dengan akar-akarnya sekali. Celupkan kunyit hidup dalam kapur sirih dan sapukan pada ketiak anda selama beberapa minit dam bilas dengan air. Cara ini dapat melambatkan masa bulu untuk tumbuh kembali. Mungkin tiga hingga empat bulan sebulan bulu baru tumbuh.

Lada putih dan dua butir kapur barus

Tumbukkan lada putih dan dua butir kapur barus. Kemudian gaulkan dengan sedikit minyak kelapa. Gosokkan campuran itu pada ketiak anda pada setiap malam sebelum tidur. Biarkan semalaman dan bersihkan apabila anda bangun untuk solat subuh. Amalan ini akan menyebabkan bulu ketiak anda tertanggal dengan sendiri dan mengambil masa yang agak lama untuk tumbuh kembali.

10 biji bintan putih, kapur barus dan air perahan limau nipis

Gaulkan semua bahan-bahan tersebut sehingga sebati. Cabut atau cukur bulu ketiak anda. Sapukan campuran bahan tadi ke ketiak anda selama beberapa minit. Bilas dengan air.

Pucuk jambu batu

Ramaskan ia sehingga hancur dan sapukan ia ke ketiak anda sebelum mandi.

Hampas kelapa

Lumurkan hampas kelapa di ketiak anda dan biarkan ia selama beberapa minit. Lakukan amalan ini dua kali seminggu.

Sumber: wanista.com

Related Posts