Tiz Zaqyah & Tasha Shilla Bercuti Dengan Boyfriend?

shares |


Orang kata, nak tahu seseorang tu sesuai tak jadi teman sehidup semati kita, cuba pergi bercuti bersama. 

Tapi orang tua-tua kata pula, selagi belum kahwin jangan mengada-ngada korang nak pergi bercuti macam pre-honeymoon.

Kalau bukan bercuti berdua tapi beramai-ramai boleh terima tak? Asalkan keluarga tahu dan pandai menjaga batas, mungkin tak menjadi masalah.

Pandai Tiz & Tasha


Kami sebenarnya tertarik dengan sikap Tiz Zaqyah dan Tasha Shilla yang tidak menggembar-gemburkan percutian mereka baru-baru ini bersama orang tersayang dipercayai di Thailand.

Bukan apa, ada juga sesetengah orang yang tak kisah berkongsi gambar mesra sewaktu bercuti dengan kekasih walaupun sedar diri mereka bakal dikecam.

Pada mulanya kami sangka hanya Tiz sahaja yang seronok bermain air di pulau bersama buah hati pengarang jantung, rupa-rupanya Tasha dan kekasihnya, Han juga turut bersama mereka.

Oh ya, ada beberapa orang lagi, ini bukan double date seperti disangka. Hehe.


Yang kami kagum, Tasha sebelum ni boleh dikatakan agak kerap memuat naik foto bersama Han di Instagram tapi baru-baru ini dah makin berkurang.

Foto percutian mereka juga langsung tak dikongsi bersama peminat secara terbuka, kalau ada pun hanyalah sekeping foto pemandangan pulau dimuat naik seminggu lalu.

Mungkin Tasha mahu kurangkan gosip mengenai percintaan mereka.


Apapun, jom tengok foto-foto percutian Tiz di bawah ini. Cantik-cantik semuanya. Kami rasa kalau Tiz tak jadi pelakon, mungkin dia seorang photographer.

A photo posted by Tiz Zaqyah Razak Official/ (@queenqya) on

A photo posted by Tiz Zaqyah Razak Official/ (@queenqya) on

Sumber artikel: ohbulan.com.

Related Posts