Yolanda Foster Tidak Mampu Membaca, Menulis Sebab Penyakit

shares |


PELAKON dan model Yolanda Foster memberitahu dia sedang bertarung dengan penyakit Lyme sehingga tidak lagi mampu untuk membaca dan menulis.

Yolanda, 51, berkata, dia sedang mendapatkan pelbagai rawatan untuk sembuh sepenuhnya dan kembali aktif dalam dunia hiburan.

"Saya kehilangan kemampuan untuk membaca, menulis, malah menonton televisyen kerana tidak mampu untuk memproses maklumat tersebut.

"Saya sudah menghabiskan masa setahun untuk mengetahui tentang penyakit ini dan mencari ubat yang sesuai. Namun sayangnya hanya 60 peratus sahaja yang pulih," ujarnya.

Penyakit lyme merupakan penyakit yang boleh menjangkiti manusia dan haiwan melalui kutu.

Gejala utama penyakit tersebut ialah mengalami sakit kepala, sakit bahagian punggung. Penghidapnya boleh lumpuh selain kerosakan jantung. -mstar

Related Posts