Zarina Zainuddin Seronok Tayang Suami Dan Madu

shares |


Haaa, kalau Zarina Zainuddin ada cakap yang dia akan mendedahkan wajah suami dan madunya.. kini semua tanda tanya gerangan madu dan suami Zarina bakal terungkai.

Kalau korang nak tahu suami Zarina ni sebenarnya berpangkat Datuk uolss… selepas sekian lama sembunyi identiti suami dan madunya dalam kain.. dia mendedahkan wajah suaminya, Datuk Seri Dr. Abdul Raihan Wan Jaafar.

Menurut Zarina.. dia menghormati permintaan madunya yang low profile itu untuk tidak menghebahkan identiti mereka sebelum ini.. bagus betul pasangan bermadu ini.. tak bermusuhan macam artis sorang tu opsss !

Datin Seri Noorhashimah Mohd Noor bermadukan Zarina sejak Zarina berumur 22 tahun lagi. 

Pelakon yang membawa watak menyampah dalam drama bersiri Teduhan Kasih itu mendedahkan identiti suami dan madunya ketika kenduri doa selamat di kediamannya di Subang Jaya, Selangor baru-bari ini.


Rare jugak hubungan bermadu mereka ni.. bukan selalu kita jumpa wanita yang sanggup membenarkan suaminya bermadu.. kalau Gomez lah hahaha.. tobat tak bagi siapa sanggup berkongsi kan hehe.. tapi kalau dah jodoh hmm..

Zarina juga sempat berkongsi pengalamannya apabila dia sendiri meminta izin dari madunya untuk mendirikan rumah tangga dengan suami orang.

“Berlaku salah faham tentang hasrat saya untuk berpoligami apabila saya sendiri yang meminta kebenaran berkahwin daripada Noorhasimah pada peringkat awal dulu. Bila Datin Seri terima, saya bersyukur dan pada waktu itu saya berjanji untuk menjadi madu dan isteri yang baik.

“Alhamdulillah mereka memahami kerjaya saya yang terdedah dengan publisiti. Syaratnya saya tidak membabitkan mereka berdua. Saya bersyukur dapat bermadu dengan Noorhashimah yang banyak mengajar saya cara berniaga.”katanya.

Berani betul kan Zarina ni.. ini baru betul kalau niat kita baik Insyaallah dipermudahkan segalanya.. bukannya main rampas-rampas hak orang betul tak? -utaranews

Related Posts