3 Gadis Melayu Berpakaian Imej Pelik Dapat Cemuhan Orang Ramai

shares |


Sekeping gambar yang memaparkan tiga gadis Melayu memakai baju-T berimej lucah mendapat cemuhan pelbagai pihak.

Ketiga-tiga gadis berkenaan memakai baju-T berwarna putih dengan imej bentuk badan perempuan berbikini, sekaligus menampakkan seolah-olah mereka hanya berbikini di khalayak ramai.

Gambar yang menjadi viral di laman sosial sejak beberapa hari yang lalu bukan sahaja dicemuh, malah ramai juga yang mendesak supaya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengambil tindakan keras ke atas mereka.

Desakan itu dibuat kerana si pelaku merupakan perempuan Melayu dan bertudung yang secara tidak langsung memberikan imej buruk kepada Islam.

Related Posts