Akim Ahmad akui sedang bercinta dengan Stacy

shares |


Akhirnya setelah sekian lama berteka-teki, malu-malu kucing dan tidak meluahkan isi hati secara terbuka, pagi tadi Akim Ahmad telah membuat pengakuan tentang perasaannya terhadap Stacy.

Umum mengetahui yang mereka berdua memang rapat namun sehingga ke hari ini apabila ditanya status mereka, jawapan yang diberikan hanyalah ‘kawan rapat’. Namun itu semua telah berubah apabila Akim Ahmad mengakui wujud perasaan cinta dalam dirinya terhadap Stacy.

Ini adalah kata-kata yang diluahkan oleh Akim ketika ditemuramah di Johara Pagi Era:

"Saya sebenarnya dengan Stacy ni memang kitorg rapat dan memang sangat rapat dan saya boleh katakan perasaan itu adalah perasaan cinta. Alhamdulillah, perasaan itu saya dapat rasakan dan dia pun dapat rasa kan dan semoga hubungan kami dapat restu dari semua orang dan saya harap Stacy akan terbuka hati satu hari nanti"


Tahniah diucapkan kepada Akim dan Stacy. Baguslah tahun 2015 masing-masing dah mengaku perasaan masing-masing. Rasanya semua orang pun suka dengan anda berdua. Semua pun akan merestui percintaan anda. Semoga ia akan berkekalan sehingga ke jinjang pelamin. Sama-samalah kita doakan.

Related Posts