Amelina Dangdut gaduh dengan Ifa Raziah?

shares |


Ifa Raziah telah mengeluarkan kenyataan yang seolah-seolah merendahkan kemunculan semula Amelina. Ramai mengetahui mereka pernah bersaing di pentas dangdut. Persaingan ada sihat ada juga yang tak sihat.hermm.

Wartawan memang ditugaskan mencari berita-berita sensasi. Jadi sekiranya tiada bahan,mereka pastinya terpaksa 'membuat bahan' dengan lontarkan soalan seperti provokasi atau apa saja yang membangkitkan emosi seseorang artis. Ifa Raziah mungkin ditanyakan soalan 'Kak Ifa tergugat tak dengan kemunculan semula artis dangdut Amelina?

Hermm.. Amelina mengambil langkah membuat kenyataan yang matang apabila ditanya pula oleh wartawan harian metro:

"Siapa yang bercakap atau apa jua yang diperkatakan, saya tidak mahu ambil peduli. Betul atau tidak dia bercakap begitu, saya malas hendak fikirkan sebab saya muncul semula dalam bidang ini untuk bekerja."

Amelina bijak dalam memberi komen dengan mengatakan dia sekarang fokus ingin mencari rezeki.Tidak mahu terbabit dalam apa-apa kontroversi yang akan buat penaja lari.

"Sama ada betul atau tidak, sama ada kenyataannya dimanipulasi atau sebaliknya, saya ambil pendekatan tidak melatah atau komen banyak. Saya malas hendak pening kepala dengan hal remeh-temeh begini.

Saya mahu bekerja betul-betul dan tidak mahu menimbulkan kontroversi dan salah faham dengan mana-mana pihak pula nanti."

Sebagai seorang penyanyi yang telah lama muncul dalam industri pastinya Amelina sudah sedia faham dengan masalah yang terpalit dalam bidang ini.

Mungkin pengalaman lalu memberinya pengajaran untuk menangani situasi seperti ini. Ialah, manalah tahu mungkin terdapat salah faham# di mana-mana, mungkin Ifa sendiri tidak berniat untuk menyinggung mana-mana pihak.

Good komen Amelina.. diharapkan cepat-cepat buat single dan kalahkan artis lain yang tidak berapa matang.

Related Posts