Ana Rafali selamat lahirkan bayi lelaki

shares |


SEKALUNG tahniah diucapkan buat penyanyi Ana Raffali selamat melahirkan bayi lelaki, Khamis lalu.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh penyanyi yang terkenal dengan lagu Tolong Ingatkan Aku menerui laman Instagramnya, sebentar tadi.

Menurut Ana, bayi lelaki itu dilahirkan secara normal.

Ana dan suami, Ahmad Aznaim Abdullah berkahwin pada 25 Februari 2012 di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati selepas tujuh tahun menyulam cinta.


Related Posts