Awal Ashaari & Lara Alana Buat Kejutan Pada Scha Al-Yahya

shares |


KAMI yakin mereka yang mengikuti perkembangan anak pasangan Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya, Lara Alana tahu kisah menarik yang dikongsikan menerusi akaun Instagram yang dikhaskan untuknya.

Menggunakan hashtag #raralittleadventure, Awal telah membawa Lara terbang ke Istanbul, Turki untuk bertemu dengan Scha yang berada di sana untuk penggambaran sebuah program tanpa pengetahuannya.


Kejutan itu dilakukan dengan bantuan pembantu peribadi Scha yang membawa mereka ke apartmen yang disewa pengacara itu sepanjang berada di sana.

Sebaik sahaja pintu dibuka, dia kelihatan tergamam dan begitu gembira tatkala melihat kehadiran dua insan kesayangannya yang muncul secara tiba-tiba.

Apa tidaknya, sepanjang Scha berada di sana, sudah beberapa kali dia dilihat memuatnaik gambar suami dan anaknya sebagai tanda rindu kepada mereka.

Justeru, ramai pengikut meluahkan rasa terharu mereka apabila menonton video yang dimuatnaik oleh Awal menerusi akaun Instagram Lara itu.

Okey, jom saksikan! -mynewshub

A video posted by Si Pacak (@laraalanaa) on

Related Posts