Bekas Pemandu Zahida Rafik Menang Saman RM150,000

shares |


Pada 27 November 2013, bekas pemandu peribadi Zahida Rafik, Noor Azman telah memfailkan saman malu terhadap selebriti itu selepas dirinya didakwa melarikan wang sebanyak RM200,000.

Perkembangan terbaru, The Malaysian Insider melaporkan bekas pemandu Zahida dianugerahkan RM150,000 sebagai ganti rugi selepas Mahkamah Tinggi mendapati pelakon tersebut bertanggungjawab memfitnah bekas pekerjanya itu.

Hakim Datuk Hue Siew Kheng berkata, Noor Azman Azemi berjaya membuktikan terdapatnya unsur fitnah dilakukan terhadapnya.


Hue turut menolak tuntutan balas Zahida, yang menuntut bekas pemandunya memulangkan RM200,000 dikatakan diambil daripadanya.

Selain daripada itu, Zahida juga diperintahkan untuk membayar kos kepada Noor Azman sebanyak RM40,000.

Related Posts