Che Ta & Zain Kongsi Foto Tunai Ibadah Umrah

shares |


Masuk hari ini baru sehari pasangansuami isteri, Zain Saizin dan Rozita Che Wan tiba di kota Madinah dan kita sudah dapat lihat gambar-gambar mereka di sana dikongsikan mereka untuk tatapan peminat.

Antara gambar-gambar yang dimuatnaikkan adalah gambar dengan latar belakang Masjid Nabawi dan persekitaran kawasan tempat tinggal mereka.

Alhamdulillah, kelihatan tenang sungguh mereka di sana dan tahniah kerada dapat melunaskan impian mereka untuk mengerjakan Umrah bersama-sama.

Harap dapat bersabar, iyalah, siapa tak rindu akan anak lebih-lebih lagi bayi yang masih kecil seawal usia beberapa bulan ditinggalkan di Malaysia selama beberapa minggu.

Zain juga meluahkan rasa rindunya kepada anaknya itu menerusi akaun Instagram.

Selain itu dia turut meninggalkan ucapan kepada kedua-dua anak tirinya yang mana hasil perkahwinan Che Ta yang lampau bersama Ammar dan Aniq. -siakapkeli



Related Posts