Cikgu ini rela berpakaian begini demi memotivasikan pelajarnya

shares |


Untuk memotivasi anak didiknya yang selalu mendapat markah buruk dalam peperiksaan, seorang guru di China telah mencari penyelesaian yang pelik lagi unik iaitu dengan berdandan sebagai pelayan seksi.

Pada awalnya, guru tersebut telah berjanji untuk mengenakan pakaian hitam-putih seperti seorang pelayan seksi jika saja salah seorang anak didiknya mendapat markah tertinggi dalam peperiksaan.

Dan setelah muridnya mendapat nilai yang baik ketika peperiksaan, seperti yang dijanjikan guru itu pun tiba ke kelas dengan mengenakan kostum lengkap dengan sepasang aksesori telinga kucing (ala macam dalam anime tu).

Sementara itu pihak sekolah berpendapat bahawa tindakan guru itu tidak sepatutnya  berlaku apatahlagi dengan mengenakan kostum seperti itu.

Namun bagi pihak yang lain memuji kreativiti guru terbabit, kerana ternyata ia berjaya membuat anak didiknya mendapat nilai yang baik, walaupun dengan cara yang tidak wajar.

Bahkan guru tersebut juga mendapat komentar dari salah satu media di China, yang menyebutkan "Nah, itu guru yang baik, dan Penghargaan Guru Terbaik untuk 2012 jatuh pada gadis tersebut."

Related Posts