Doktor Hina Allahyarham TGNA Tampil Mohon Maaf

shares |


Sebelum ini bermain di dada-dada laman sosial gambar 'Screenshot' ramai individu-individu yang menghina Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan kebanyakkannya menerima kecaman yang hebat.

Dalam banyak-banyak Screenshot hinaan terhadap TGNA itu, kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang doktor yang dikatakan bertugas di sebuah Hospital di Melaka telah menerima pelbagai kritikan bukan sahaja dari Netizen sebaliknya melibatkan agamawan terkenal iaitu Mufti Perlis, Dr. Asri Zainal Abidin.

Mufti perlis itu menyifatkan bahasa yang digunakan sebagai penyandang gelaran doktor sungguh buruk sedangkan Dto Sri Najib pun mengucapkan takzizah tetapi beliau sebaliknya menghina TGNA.


Setelah perkara ini menjadi viral dimana beliau menerima kecaman yang amat hebat, akhirnya beliau melalui akaun Facebooknya tampil memohon maaf.

Beliau menulis di Facebooknya mengatakan ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan kata-katanya dari luar kontek sebenar dengan membela dirinya bahawa ayat tersebut adalah mengharapkan tiada lagi halangan dalam penyatuan umat Islam.

Beliau bagaimanapun menyalahkan Mufti Perlis iaitu Dr Asri kerana cuba mengambil kesempatan terhadap tulisannya itu.

Berikut adalah tulisan penuh beliau yang memohon maaf :-




Terlajak perahu boleh berpatah balik, terlajak kata? Sendiri mau ingat la..

Apa-apapun kita sebagai pengguna laman sosial haruslah menggunakan laman ini sebaik mungkin. Segala tutur bicara haruslah dijaga jangan sudah terjadi seperti ini kerana kelak kita yang merana. -sumber

Related Posts