Gadis Kecundang Ikut Kawan

shares |

ANGGOTA penguat kuasa JAIK menyoal siasat tiga daripada empat yang ditahan dalam sebuah bilik hotel bajet di Jalan Putra, Mergong.


Alor Setar: Sepasang remaja berusia 15 dan 16 tahun memberi alasan mengikut dua rakan mereka yang juga pasangan kekasih menyewa sebuah bilik di hotel bajet di Jalan Putra, Mergong, di sini, untuk berehat sebelum ditahan kerana disyaki berkhalwat, kelmarin.

Dalam serbuan jam 3 petang, pelajar lelaki berusia 16 tahun itu sanggup terjun dari tingkap bilik setinggi kira-kira lima meter untuk melarikan diri, tetapi berjaya dicekup anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) yang menunggu di tingkat bawah hotel dua tingkat berkenaan.

Malah, pelajar perempuan berusia 15 tahun itu yang bakal menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) tahun ini dan bersekolah sama dengan pasangannya di Kuala Nerang, mendakwa hanya mengikut dua rakan mereka yang masing-masing berusia 18 dan 23 tahun ke bandar raya ini.

Mereka yang menetap di Kuala Nerang memberi alasan menyewa di hotel itu untuk berehat selama satu jam dengan bayaran RM20, tetapi menimbulkan syak melakukan maksiat berikutan pintu bilik tertutup rapat dan berkunci daripada dalam.

Penolong Pengarah Bahagian Penguat kuasa dan Undang-undang JAIK Syeikh Mohd Roshidi Mahmud berkata, pihaknya mengesyaki terdapat pasangan dalam bilik berkenaan dan sebaik pintu bilik dibuka, anggota penguat kuasa menemui dua remaja perempuan serta seorang lelaki. -hmetro

Related Posts