Gambar Intim Sazzy Falak & Suami Undang Kontroversi?

shares |

Gambar intim Sazzy dan Nazril


Semalam, beberapa buah blog hiburan telah mengeluarkan sekeping foto pelakon comel, Sazzy Falak bersama suaminya Nazril Idrus sewaktu pasangan ini sedang beristirehat di rumah.

Bagaimanapun, foto yang dirakam secara candid ini telah menimbulkan kontroversi pula dikalangan pengguna laman sosial apabila ramai yang mempertikaikan tindakan Sazzy memuatnaik foto intim bersama suaminya.

Melalui foto tersebut, Sazzy dilihat seolah-olah tidak memakai baju disamping suaminya yang berbaju kemeja dan terdedah dibahagian dada.

Biarpun mereka pasangan suami isteri, namun tindakan Sazzy ini masih mengundang kritikan daripada para peminat.

Sazzy Falak dipercayai tidak berbaju


Apa yang pasti, ruangan komen gambar tersebut telah dijadikan sebagai tempat perbalahan oleh kedua-dua belah peminat dan juga haters. Tidak membiarkan saja, Sazzy tampil bersuara di ruangan komennya dan tetap bersahaja melayan karenah peminat-peminatnya.

Mungkin cara foto itu dirakam menampakkan seperti Sazzy tidak berbaju, kan? Biasalah, kadang-kadang yang cantik bertudung di gambar pun bukannya ‘secantik’ bila jumpa depan-depan.

Related Posts