Jaafar Onn minta Azwan Ali Bertaubat

shares |


Beberapa hari lepas pengacara Azwan Ali telah memuatnaik satu status di Instagram mendakwa seorang selebriti yang namanya bermula dengan huruf ‘J’ telah menyihir beliau menyebabkan kakinya berbisa. Kemudiannya Azwan telah mendedahkan siapa selebriti tersebut melalui Instagramnya.

Hari ini melalui mStar Online, Jaafar meminta selebriti yang menghinanya dengan memanggil dia sebagai ‘bapuk tua’ agar insaf dengan perbuatan itu kerana ia mencerminkan kelemahan diri sendiri.

Abang Jaafar yang kini berusia 64 tahun memberitahu tidak terkesan dengan hinaan berkenaan kerana sudah lali dengan pelbagai tohmahan sepanjang bergelar artis namun hanya mengetahui mengenai perkara itu apabila ditanya oleh wartawan.

"Apa tujuan saya nak sihirkan dia? Siapa dia? Saya tidak pernah ada apa-apa urusan dengan dia pun? Jadi perlukah menuduh saya sedemikian rupa. Saya bersumpah tidak melakukan perbuatan itu."

Azwan Ali bagaimanapun telah menafikan kepada sebuah portal hiburan yang dia pernah memuat naik status seperti itu, sebaliknya ia dilakukan oleh pihak lain yang tidak bertanggungjawab.


Abang Jaafar mendakwa sudah lama tidak mempunyai urusan dengan Azwan dan tiada sebab baginya untuk melakukan perbuatan syirik seperti itu kerana tidak mempunyai apa-apa kepentingan.

Tidak diketahui siapa yang berada di pihak yang benar. Apa pun secara umumnya di media sosial kita semua harus berhati-hati kerana mungkin apa yang dimuat naik itu menyusahkan orang lain pula.

Share saja benda-benda bermanfaat dan berfaedah, kalau ada benda yang tidak baik simpan saja untuk diri sendiri apalagi jika kebenarannya tidak dapat dibuktikan. Tak gitu?

Related Posts