Lady Gaga sudah bertunang, tayang cincin

shares |


Penyanyi yang amat sinonim dengan stail fesyen yang aneh dan eklektik ini telah bertunang dengan aktor idaman ramai wanita, Taylor Kinney yang juga merupakan pelakon siri Chicago Fire.

Lady Gaga telah berkongsi gambar cincin di jarinya di media sosial Instagram dengan kata-kata, “He gave me his heart on Valentine’s Day, and I said, YES!”

Penyanyi penuh kontroversi itu bertemu dengan Kinney pada set rakaman video muzik “You & I”kira-kira empat tahun lalu. Diklasifikasikan sebagai ‘suara generasi baru’, Lady Gaga beroleh kemasyhuran segera melalui album sulungnya “The Fame” yang telah diterbitkan pada tahun 2008.




Related Posts