Lisa Surihani bakal lahir anak kembar?

shares |


Wah... Tahniahlah kalau betul yang dikhabarkan itu. kami tumpang gembira dengan Lisa dan Yusry. Malah kami sokong tindakan pasangan ini untuk berahsia tentang kehamilan itu.

Iyalah.... Ikut petua orang tua bukankah banyak faedahnya. Lagipun kandungan pun masih baharu, tentu mereka lebih berhati-hati untuk memperkatakannya. kami faham benar mengenai hal itu.

Tapi dalam seronok menerima khabar kehamilan kembar itu, kami terkejut juga mendengar kononnya pasangan selebriti ini menggunakan kaedah tabung uji (IVF) dalam usaha untuk mendapatkan anak.

Hish! Tak baik buat tuduhan begitu malah agak keterlaluan di kala pasangan ini sedang bahagia menghitung hari menunggu kelahiran anak sulung mereka. Kembar pula. Lagipun tak salah kalau mereka berdua berusaha untuk mendapatkan anak walaupun dengan menggunakan kaedah tersebut.

Perkara itu tidak bercanggah pun dengan agama Islam dan sistem perundangan negara. Dan Lisa dan Yusry pun tak perlulah nak melayan sangat kata-kata orang itu. Yang penting, jaga kesihatan kandungan.

Related Posts