Pak Nil Seronok Dapat Ganti Lisa Surihani Di Anugerah Oscar

shares |


Kalau korang pengikut setia laman Instagram milik Aznil Haji Nawawi, mesti korang tahu bahawa Pak Nil seronok sakan dapat berjimba di Anugerah Oscar ke-87 kelmarin.

Tapi, jangan pelik pula. Sebenarnya, Pak Nil ke sana demi menggalas tanggungjawab kerana diberi penghormatan untuk menemubual beberapa selebriti Hollywood disana.

Wah! Bila tengok foto-foto perkongsian Pak Nil, kami pula yang teruja!

Pak Nil Ganti Lisa Surihani


Melalui laporan mStar Online, barulah kami tahu bahawa orang yang sepatutnya berada di anugerah berprestij itu adalah Lisa Surihani. Iyalah, Lisa kan pengacara HBO Sentral.

Namun, disebabkan masalah kesihatan, atau lebih tepat kerana Lisa mengandung, dia terpaksa menolak tawaran tersebut.

Eh eh, tapi Lisa tetap cool walaupun tak dapat ke Oscar dan menganggap Pak Nil sememangnya layak menggalas tanggungjawab itu.

Dapat Interview JK Simmons


Huarghh! Cemburu betul kami tatkala dapat tahu Pak Nil Interview JK Simmons. Terbayang-bayang kami lakonan JK Simmons sebagai Dr. Emil Skoda dalam siri Law & Order tau!

J.Lo Pun Lambai Kat Pak Nil


Ini paling comel sekali. Kata Pak Nil, tak dapat interview J.Lo pun takpe sebab J.Lo lambai tangan kat dia.

Nak tau apa lagi aktiviti Pak Nil di Los Angeles? Jom layan foto-foto dan video kat bawah. Enjoice! -sumber

A video posted by YG PROMOTE IG AKAN DIBLOCK!!! (@aznilnawawihm) on

A video posted by YG PROMOTE IG AKAN DIBLOCK!!! (@aznilnawawihm) on

Related Posts