Selepas Nora Danish, Kini Jaafar Onn Pula Dalam Video Pengganas

shares |


JIKA sebelum ini gambar Nora Danish disalahguna dalam sebuah video yang menampilkan beberapa lelaki berlagak ala pengganas yang mengelarkan diri mereka sebagai ISIS Malaysia, terbaharu gambar Jaafar Onn pula muncul dalam video lebih kurang serupa.

Pengganas yang mahu dikenali sebagai Anak Malaysia Anti Demokrasi ini mengugut mahu membunuh Ketua Polis Negara dengan meletupkan kereta beliau.

Tidak diketahui sama ada video ini merupakan parodi kepada video ‘pengganas’ terdahulu, namun kalau betul pun…rasanya gurauan ini sudah ke tahap keterlaluan.

Ramai lagi manusia kat Malaysia ini boleh dibawak bergurau tapi Ketua Polis Negara juga yang jadi pilihan mereka.

Sekiranya KPN dapat menganggap ini satu gurauan yang membuatkan beliau ketawa bersyukurlah, tapi kalau sebaliknya memang nahas mereka semua ni.

Apatah lagi sekiranya tidak ada tindakan diambil, tentu KPN dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) khasnya akan menjadi ‘bahan ajukan’ di kalangan rakyat Malaysia.

Buat Jaafar Onn bertabahlah, sekurang-kurangnya populariti abang kini boleh dikatakan sebaris dengan Nora Danish gitu..!

Related Posts