Shaheizy Sam dedah siapa yang pernah jadi kekasihnya?

shares |


Lagi cerita mengenai kisah cinta yang membabitkan pelakon, Shaheizy Sam. Nampaknya sudah boleh buat novel kemudian dijadikan drama bersiri atau pun filem mengenai kisah cinta jejaka ini.

Setelah rentetan beberapa episod antara dua selebriti yang seperti mahu berebutkan Sam, akhirnya empunya diri tampil mengakui bahawa hanya ada seorang wanita yang pernah menjadi (bekas) kekasihnya, iaitu pelakon Puteri Najwa.

Pengakuan ini sedikit sebanyak memberi jawapan dan juga penerangan terhadap tanda tanya kisah cinta Sam dengan Fazura serta Syatilla Melvin. Dengan pengakuan tersebut, ia membuktikan Sam tidak pernah bercinta dengan Fazura seperti yang pernah digembar-gemburkan oleh pelakon wanita itu.

“Bagi Sam, pasangan bercinta pasti akan ada penghujungnya. Kalau tidak berakhir di alam perkahwinan, ia akan berhenti di tengah jalan (putus). Sam belum melalui zaman perkahwinan, tetapi pernah lalui situasi putus cinta”


“Melihat dari sudut dan jalan penceritaan berkaitan Fazura, Syatilla, dan Najwa, hanya Najwa saja bekas kekasih Sam. Kekasih pasti ada penghujungnya”

“Akan tetapi, persahabatan dan kawan-kawan datang dan pergi. Apa yang Sam boleh katakan, ia adalah hubungan kawan-kawan saja,” katanya kepada Berita Harian.

Selain itu, walaupun hubungan mereka tidak kesampaian ke jinjang pelamin, Puteri Najwa masih berhubung mesra dengan keluarga Sam sehingga ke hari ini malah kemesraan itu sering disalah erti sehingga wujudnya desas-desus percintaan mereka kembali bertaut.

Pandai ya Sam mengatur ayat. Selama manakah Sam akan bermain teka-teki dengan peminat mahupun pihak media, kami pun tidak pasti. Bagi peminat di luar sana, apa kata anda?

Related Posts