Superbike Raja Ilya Dilarikan Pencuri

shares |


Terkejut besar kami lihat rakaman CCTV menerusi Instagram Raja Ilya apabila motor berkuasa tingginya di bawa lari oleh penyamun yang amat keterlaluan.

KTM Duke 200 yang berharga lebih RM15,000 itu di curi di kawasan tempat letak kereta di sebuah ‘production house’ di Damansara Perdana.

Besar kemungkinan Raja Ilya ada urusan kerja di situ dan nasib tidak menyebelahi dirinya sehingga kehilangan motor tersebut.



Kami difahamkan dia juga adalah duta jenama motorsikal KTM dan apa yang diharapkan penyangak itu dapat diberkas di bawa ke muka pengadilan.

Yelah harga motor itu pun mahal kalau nak claim insurans pun mengambil masa yang lama. Apa-apa pun kami doakan keselamatan Raja Ilya terjamin dan semoga dia lebih berhati-hati.

Related Posts