Surat Cinta Dari Jep Sepahtu Bikin Panas!

shares |


Ingat lagi tak gosip sebelum ini tentang Jep Sepahtu mengamuk di belakang pentas kerana kalah Maharaja Lawak Mega 2014.. Setelah lama Jep ni mendiamkan diri daripada memberikan apa-apa komen..

Terkini Jep telah tampil untuk menjelaskan segalanya, kali ni dia bukan hanya tampil nak bagitahu cerita sebenar.. Jep telah pun mendapat khidmat peguam untuk tindakan lanjut surat khabar yang mengeluarkan gosip tersebut..

Iyalah, dah banyak sangat gosip yang tak betul selalu menimpa diri, gosip kali ni Jep ambil keputusan hantar je surat cinta pada surat khabar berkenaan..

“Apa yang ditulis di ruangan pojok itu adalah fitnah semata-mata. Ia bertentangan dengan apa yang berlaku pada malam tersebut. Kami gembira dengan kemenangan Zero dan pada masa yang sama bersyukur dengan kemenangan kami.

Saya telah meminta nasihat peguam tentang perkara ini dan peguam saya telah menghantar surat kepada pihak akhbar itu sebagai tindakan awal. Saya hanya diberitahu akhbar terbabit sudah menerima surat tersebut. Selebihnya, saya serahkan pada peguam saya.

Tamat sahaja MLM2014, saya dan Shuib terus dibawa oleh dua kakitangan Astro ke bilik sidang akhbar. Sepanjang perjalanan ke sana, tiada apa-apa pun yang berlaku. Tambahan pula, dua individu yang mengiringi kami itu menjadi saksi bahawa saya tidak mengamuk pun pada malam tersebut.

Saya sendiri tidak pasti (kenapa dakwaan ini timbul). Jika ada orang yang tidak berpuas hati dengan saya, mengapa mereka perlu bercakap perkara yang tidak benar? Lebih baik berterus-terang daripada mereka-reka cerita. Ini fitnah.

Sudah beberapa kali saya terlibat dengan perkara (dakwaan dan fitnah) seperti ini. Bagaimanapun, saya jujur dengan karier saya. Alhamdulillah, saya masih di sini.” Katanya..

Miss A dah agak ni semua gosip tak betul, apa yang Miss A tahu Jep ni seorang yang merendah diri je.. Takkan la sampai nak mengamuk kalah MLM 2014.., dah tak ada rezeki nak buat macam mana..

Walaupun banyak gosip liar yang sering timbul tentang Jep, peminat Jep tetap menyokongnya.. Jangan dilayan sangat gosip-gosip liar ni, memang adat kalau dah terlibat dalam industri hiburan. -utaranewz

Related Posts