Wajah macam patung tapi tubuh macam badang

shares |


Jika anda hanya melihat wajahnya, mungkin anda akan menyamakan dia dengan patung Barbie.

Hakikatnya, anda mungkin akan terlopong seketika apabila menyaksikan seluruh tubuhnya.

Apa tidaknya, fizikal gadis Rusia bernama Julia Vins, 18, ini umpama watak adiwira Hulk, sesuai dengan kerjayanya sebagai seorang atlet angkat berat.

Orang mengenali saya sebagai Muscle Barbie. Saya sukakannya. Saya mempunyai mata yang besar dan cantik selain mengenakan solekan. Tapi, pada masa yang sama, saya seorang yang gagah.

Saya boleh mengangkat beban sehingga 180 kilogram. Saya mahu membina otot tubuh saya sebesar yang mungkin, katanya yang juga pemegang tiga rekod dunia dalam sukan tersebut.




Ditanya mengenai pandangan negatif sesetengah lelaki dengan tubuhnya, Julia menyifatkan mereka hanya cemburu dengan pencapaiannya.

Hmmkalau gadis secantik ini mampu mempunyai tubuh sebegini, amacam kaum lelaki di luar sana?

Tak rasa tercabar ke?

Related Posts