Wanita meninggal ketika ceramah Ustaz Kazim dirumah MB Perak

shares |

MENTERI Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (empat dari kiri) bersama Pendakwah bebas, Datuk Mohamad Kazim Elias (dua dari kiri) mengangkat jenazah Lat Senawi, 75, (gambar kecil) di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh selepas meninggal dunia ketika menghadiri ceramah Ustaz Kazim di kediaman Menteri Besar Perak hari ini.


IPOH – Seorang wanita warga emas meninggal dunia ketika menghadiri ceramah Datuk Ustaz Kazim Elias di kediaman Menteri Besar Perak, di Ipoh hari ini.

Lat Senawi, 75, yang datang dengan rombongan seramai 40 orang menaiki bas dari Kampung Bahagia, Kuala Perlis, Perlis, meninggal dunia kira-kira jam 8.20 pagi tadi ketika baru sampai ke lokasi ceramah.

Difahamkan, wanita warga emas itu bersama rombongan bertolak dari Kuala Perlis jam 12 tengah malam tadi dan sampai di Ipoh pada jam 8.10 pagi, namun sebaik turun dari bas serta ingin duduk di kerusi, beliau tiba-tiba rebah tidak sedarkan diri.

Pasukan perubatan yang tiba di lokasi kejadian kemudian mengesahkan wanita warga emas itu sudah meninggal dunia dan dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB)

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Ustaz Kazim turut menziarahi jenazah Allahyarhamah di Jabatan Forensik HRPB. -MYNEWSHUB

Related Posts