Zero Dah Berlagak, Tak Mahu Bernaung Bawah Astro?

shares |


TIADA angin.. tiada ribut, tiba-tiba ada khabar angin mendakwa kononnya kumpulan Zero semakin berlagak semenjak menjuarai program realiti Maharaja Lawak Mega (MLM 2014).

Tuduhan itu nyata mengejutkan ahli kumpulan ini yang beranggapan ada pihak sengaja mengada-adakan cerita bagi mengaibkan Zero.

Susulan itu, salah seorang anggota Zero, Sharif atau nama sebenarnya Sharif Kadir Doli Sharif, 24, berkata, dia terkejut dengan tuduhan tersebut namun menganggapnya sebagai satu ‘bayaran’ apabila mula dikenali.

“Anggapan kami berlagak selepas MLM adalah salah kerana kami masih seperti dahulu dan pelik bagaimana tiba-tiba kami dituduh sedemikian.

“Bagaimanapun itu terpulang kepada pihak yang menilai kerana kami masih individu sama dan sedar akan asal usul kami,” katanya seperti dipetik menerusi mStar Online.

Menurut seorang pengurus acara, Zero sudah berubah dan semakin berlagak setelah memenangi MLM2014. Jika dahulu senang sahaja nak berurusan dengan mereka tetapi sekarang sudah sebaliknya.

Bagaimanapun Sharif menyangkal dakwaan kononnya mereka bersikap sombong selain kini sukar berurusan untuk menjayakan persembahan.

“Kami sedar diri kami siapa dan dari mana asal usul kami. Tuduhan sedemkian tidak sepatutnya berlaku dan pada yang mengenali kami rasanya mereka tahu kami bagaimana.

“Tuduhan ‘demand’ dan sukar berurusan itu semua tidak benar malah Zero tidak pernah meletakkan harga tertentu,” jelasnya.

Lebih mengejutkan, ada juga dakwaan bahawa kumpulan Zero tidak mahu bernaung dibawah pengurusan Astro. Erm.. betul ke?

Alhamdulilah ada juga gosip utk kami Zero yang sekolah tak habis ini.. Pasal kami tunjuk lagak semua tu mungkin itu hanya salah faham sepanjang kami bergelar anak seni Alhamdulilah semua orang cakap kekalkan sikap begini sikap menghormati antara satu dengan lain..berpegang dengan prinsip hidup (makin berisi makin tunduk kebumi dan itulah pesanan orang tua kami kepada kami adikberadik..berkaitan dengan artis pengurusaan kami zero tiada lagi kata putus untuk mengatakan tidak begitu juga dengan pihak terlibat... Malah pasal isu menjayakan sebuah acara tu kebetulan kami buat kenduri arwah dan juga kenduri kesyukuran pada tarikh tersebut..jadi kami tak berdaya untuk melakukan 2 benda tersebut atas masalah tempat dan masa yg tak mengizinkan.. Kami Zero dengan rasa rendah diri memohon maaf jikalau ada pihak tertentu terasa dengan kami Kalau mahu kenal lebih lagi pasal kami tegur ja kami okay yang paling penting pantang mundur kecuali operasi #pantangmundurkecualioperasi #sayabacakomenkamu
A photo posted by Minta Tunjuk Ajar (@akueatu) on

Menurut Sharif, mereka bertiga tidak pernah menolak tawaran untuk bernaung di bawah pengurusan Astro sebaliknya memberitahu mereka meminta masa untuk berfikir sebelum membuat keputusan.

“Bukan kami tolak tetapi minta masa untuk berfikir. Tambahan pula kami masih baharu dan tidak mahu bergantung kepada orang lain buat masa ini.

“Biarlah kami belajar menguruskan diri sendiri dahulu sebelum membuat sebarang keputusan,” katanya.

Mungkinkah Zero sendiri mempunyai pilihan lebih baik buat masa depan mereka?

Tak apalah, paling penting kumpulan ini terus ‘Pantas mundur, kecuali operasi.’

Related Posts