14 Perkara Lelaki WAJIB Tahu Tentang Perempuan..

shares |


1. Perempuan paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka sebab nak pikat kawan mereka yang lebih cantik.

2. Bila perempuan kata "Tak ada apa-apa", maknanya dia sembunyikan sesuatu. Korang fikir la sendiri apa salah korang dah buat pada dia.

3. Perempuan mudah jatuh hati pada lelaki yang selalu bagi perhatian dan baik terhadapnya.

4. Ayat "Bagi saya 5 minit" sebenarnya bermaksud 5 jam. Kalau korang nak keluar dating dan dia cakap bagi 5 minit untuk bersiap-siap, maknanya korang boleh pergi lepak kat kedai minum-minum, pastu pergi main bola dan balik tidur..kemudian baru datang balik.

5. Perempuan suka lelaki yang buat surprise. Contoh bagi hadiah, bunga atau kata-kata romantik.

6. Bekas kekasihnya akan selalu ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang berada di tempat yang teristimewa di hatinya.

7. Bila tengok gambar, orang pertama yang dia tengok ialah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

8. Bila perempuan mengeluh, itu tandanya dia malas nak habiskan masa bergaduh dengan korang benda yang tak penting.

9. Kalau korang suka dengan seorang perempuan, mulakan dulu dengan berkawan. Kemudian, barulah usha sikit-sikit, kenal hati budi dulu.

10. Kalau perempuan tak balas mesej, tak angkat bila telefon dan bagi macam-macam alasan, tak payah nak habiskan masa nak usha dia sebab dia tak berminat dengan korang.

11. Jangan sesekali senyum pada perempuan tak tentu pasal sebab senyum memberi sejuta erti pada diorang.

12. Kalau tak suka pada perempuan yang jatuh cinta pada korang, tolak dengan lembut dan jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri perempuan yang mana bila dia dah buat keputusan, dia akan melakukan apa saja.

13. "Ok, fine !"..cara perempuan cakap bila nak akhiri pergaduhan. Bila perempuan cakap macam tu, korang diam je.

14. Perempuan memang bagi lelaki kahwin 4, tapi bukan suami dia la..hehe

Apa kata perempuan? betul kan info pasal korang ni..kan..kan :)

Related Posts