9 Gambar sekitar pernikahan Fad Bocey dan Syahira Rahman..

shares |


Alhamdulillah sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada pasangan pengantin baru Fad Bocey dan isterinya Syahira Rahman (Nur Syahirah A.Rahman). Alhamdulillah majlis pernikahan mereka dapat berjalan dengan baik sekali.

Tanggal 14 Mac 2015 telah menjadi saksi penyatuan dua hati yang saling menyintai antara satu sama lain.

Diharapkan hubungan mereka akan berkekalan sehingga ke akhir waktunya mereka. Majlis pernikahan mereka telah berlangsung di Jitra Kedah.









Tarikh 14 Mac 2015 ini juga menyaksikan Amir Raja Lawak dan Nur Intan Syafinaz menjadi suami isteri. Tahniah Amir Raja Lawak dan Nur Intan Syafinaz Suami Isteri.

Hanez Suraya dan Romie Razin juga turut sama memilih tarikh ini. Tahniah diucapkan sekali lagi kepada semua pasangan yang telah melangsungkan perkahwinan mereka pada tarikh 14 Mac 2015.

Sementara itu, Fad atau nama sebenarnya Fadzlie Nizam berkata, majlis resepsi akan diadakan di Dewan Tun Rahah, dekat sini pada 23 Mei depan. Dalam pada itu, ketika ditanya tentang wanita istimewa itu, Fad berkata, berkenalan sejak dua tahun lalu ketika menyertai pertandingan Maharaja Lawak 2013 lalu.

Katanya, Nur Syahirah sering hadir ke program tersebut bagi menemani kakak angkatnya yang juga pelawak Jihan Musa. “Kami kenal sudah dua tahun iaitu ketika dalam MLM2013, dia selalu datang ke program MLM2013 untuk menemani Jihan Musa dan daripada situ saya sudah mula terpikat.

“Namun, proses berkenalan itu agak susah juga kerana dia seorang yang sukar untuk didekati sehinggalah saya beberapa kali berusaha menawan hatinya dan melamar dia pada hari jadinya 21 Oktober tahun lalu,” ujarnya.

Jelas Fad, dia menganggap wanita tersebut seorang yang memahami dan mudah untuk berkomunikasi kerana mempunyai pendapat yang sama. Katanya, dia tidak mahu mengambil masa yang lama untuk bercinta dan mahu hubungan tersebut berjalan secara sah sebagai suami isteri.

“Kami bercinta baru sahaja lima bulan bercinta tetapi ketika mula dia terima, saya terus fikir untuk berkahwin segera. “Lepas jumpa ibu bapa dia di Kedah, mereka juga merestui hubungan kami dan menggalakkan kami untuk berkahwin,” ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya tentang berkahwin dalam usia muda, Fad berkata, dia percaya kepada jodoh yang ditetapkan oleh Allah. Katanya, dia memerlukan seorang teman hidup yang mampu menjaganya di sini.

“Saya sudah berjauhan dengan keluarga saya di Johor, jadi kalau boleh saya mahu ada orang yang menjaga makan dan minum saya di sini. “Malah, saya lihat kehidupan orang berkeluarga ini nampak lebih baik dan teratur seperti Achey dan isterinya,” ujarnya.

Mari kita sama doakan agar perkahwinan Fad Bocey dan Nur Syahirah ini akan kekal dan beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat, In Shaa Allah.

Related Posts