Dah kenapa Sharnaaz Ahmad nak rejam pasangan suami isteri ni?

shares |


Siapalah yang berani bermain api dengan pelakon Sharnaaz Ahmad ni.., kalau Miss A memang tak berani dah.. Bukan apa Sharnaaz ni kalau sekali mengamuk macam gunung berapi meletup..

Tahu kan macam mana Sharnaaz buat kalau orang cari pasal dengan dia? Menangis air mata darah pun Sharnaaz tetap lawan..

Terbaru, bila ada sepasang suami isteri berasal dari Singapura dengan beraninya menggunakan nama Sharnaaz untuk tipu duit orang.. Bak kata pepatah ‘Sarang tebuan jangan dijolok,’ kalau dah jolok terima lah padahnya..


Sepasang suami isteri ini telah maklumkan Sharnaaz dijadualkan akan bertemu peminat secara lebih dekat di Singapura 27 Mac ini dan wang hasil kutipan penjualan tiket itu akan disalurkan ke rumah kebajikan kanak-kanak Pertapis.. Padahal duit tu masuk poket diorang..

Bila Sharnaaz tahu tentang majlis yang tak pernah wujud ni, dia telah menafikan perkara tu di laman Instagramnya.. Memang betul-betul mengamuk Miss A tengok kapysen yang ditulis pada individu yang menipu peminatnya ni..


Sharnaaz gelar pasangan suami isteri ni penipu dua ekor, rupanya-rupanya penipu dua ekor ni dah banyak tipu orang.. Ramai juga yang jadi mangsa tipu muslihat mereka ni..

Apapun, tindakan Sharnaad mendedahkan perkara ini secara terbuka amat membantu.. Tak ada lah ramai sangat yang tertipu dengan orang yang berperangai busuk macam ni..

Miss A harap individu seperti ini dapat ditangkap polis.. Tak berapa banyak duit orang yang dia dah tipu..

Related Posts