Dilema awek nak break.. tapi keluarga pula tak bagi..

shares |


JIKA dilihat kebanyakan drama kisah percintaan di Malaysia, ‘cinta dihalang oleh orang tua’ merupakan antara stereotype yang paling selalu disuap kepada penonton.

Acapkali jalan ceritanya pasti berkisar si wanita ataupun lelaki, terus berusaha mahu meneruskan ikatan percintaan walaupun dihalang.

Hmmm klise dan membosankan bukan?

Tapi, bagaimana pula dengan kisah percintaan yang sangat direstui oleh keluarga tetapi si wanita pula tidak mahu?

Haa ini barulah ‘drama’ yang lain sikit…

Melalui status Facebook, seorang individu meluahkan perasaan kecewa apabila keinginannya untuk memutuskan hubungan dengan teman lelaki tidak dipersetujui keluarga.

Mungkin si dia lebih mengenali sikap teman lelakinya itu tetapi keluarga tidak memahami situasi sebenar agaknya.

Keluarga dah kasi greenlight tetapi hati pula tiba-tiba dah tak ada… memang lumrah hidup dik…

Apa yang pasti, restu ibu bapa sangat diperlukan dalam semua perkara penting dalam kehidupan kita termasuklah bab membina rumah tangga.

Related Posts