Fara Fauzana kononnya bangga dapat umum dah ada boyfriend

shares |


Wow!! ‘Diam-diam ubi berisi’.., tak sangka pengacara dan penyampai radio popular ini sudah terbuka hati untuk berkongsi kisah peribadinya pada umum.. Fara Fauzana maklumkan dia sudah mempunyai teman lelaki..

Dia berkongsi berita gembira ni di rancangan hiburan Melodi menjelaskan hatinya telah berjaya ditawan seseorang.. Tapi Fara belum bersedia nak dedahkan siapakah gerangan orang tu pada umum..

"Doalah yang baik-baik untuk saya kerana jodoh semua ini adalah di tangan Allah, walaupun saya ini jenis terbuka untuk berkongsi kisah hidup saya di laman sosial, tetapi untuk soal hati dan perasaan bagilah saya ruang untuk privacy," kata Fara..

So lepas ni peminat-peminat Fara jangan lah terkejut pulak tau kalau jumpa Fara dengan jejaka tersebut di tempat umum.. Fara juga bagitahu dia tahu batas-batas untuk menjaga tertib sebagai wanita muslim dan bertudung.. Mesti tak dak pegang-pegang tangan kan kan..hehe

Apapun, Miss A harap hubungan Fara dan teman lelaki dapat ke fasa yang lebih serius.. Semoga nanti dapat melihat Fara naik ke jinjang pelamin.. Sama-sama kita doakan hubungan mereka.. -utaranewz

Related Posts