Hafiz Suip dihencap gara-gara majlis tunang lebih dari majlis kahwin?

shares |


Ni la yang Miss A kurang suka kalau tengok majlis pertunangan selebriti tanah air kita ni.. Kalau dah buat majlis tunang tu ‘grand’ mengalahkan orang kahwin.. Ko bertunang ke kahwin? Dah tahu rasanya siapa selebriti bertunang Miss A maksud kan ni?

Alah.. penyanyi Hafiz Suip dan tunangnya Nureffy Jesreel Abdullah tu lah! Mereka ni bertunang pada tanggal 27 Februari lalu.. Sama dengan tarikh lahir Hafiz.. Kiranya buat majlis 2 in 1 la.. Apa yang Miss A tengok diorang punya majlis meriah sangat..

Sampaikan dapat liputan dari radio Era FM lagi, bukan apa kita ni pun tahu kan orang cakap kalau tunang tu jangan nak heboh-hebohkan sangat.. Ni kalau dah bertunang pun dah buat meriah macam kahwin nanti kahwin tak tahu la meriahnya macam mana..

Takut buat bagai nak gila, tup-tup putus ditengah jalan.. kan malu diri sendiri.. Bukan Miss A nak minta pasangan ni putus, cuma buat secara bersederhana tu lebih baik.. Tengok la bertunang pun ada bridesmaid kot! Tak pernah dibuat orang..

Tak silap Miss A kesemua sahabat baik Hafiz seperti Hazama dan Aril pun hadir memeriahkan suasana.. Siapa menyanyi-nyanyi bagai.., macam majlis orang kahwin tu.. Suami menyanyikan lagu untuk isteri..

Pasangan ni diberi masa selama setahun untuk membuat persiapan sebelum melangsungkan perkahwinan.. Fuhh.. setahun tu masa yang panjang jugak la.. Bertunang ni orang cakap darah manis, macam-macam dugaan yang akan mendatang..

Majlis bertunang dah gah sangat! Jangan tak jadi kahwin sudah.. Apapun, Miss A tetap la doakan semoga cepat-cepat ke jinjang pelamin. -utaranewz

Related Posts