Harapan tinggi diberi Izzue Islam untuk "Suami Sebelah Rumah"

shares |


Pelakon dan penyanyi Izzue Islam berharap drama rantaian terbarunya Suami Sebelah Rumah mampu menarik perhatian penonton serta menjadi viral di laman sosial.

Adaptasi menerusi novel hasil nukilan Ana Sofiya mempunyai pengikut tersendiri dan menjadi tanggungjawab Izzue untuk melakonkan watak sebagai Dr Amar mengikut kreativitinya.

“Drama ini adalah bergenre komedi yang turut dibintangi pelakon lain seperti Ayda Jebat, Zulin Aziz dan Sherry Alhadad.

“Uniknya cerita ini ialah transformasi seorang lelaki yang comot kepada lebih bergaya boleh dikatakan antara paling kurang diketengahkan dalam drama melayu,” kata Izzue dihubungi portal Murai.com.my

Dalam pada itu, cabaran yang terbesar buat Izzue ialah melakonkan watak dalam drama ini ialah imaginasi pembaca. Dia berasa gusar sekiranya lakonan itu tidak seiring dengan kehendak pembaca.

“Membaca dan menonton adalah 2 perkara yang berbeza, pembaca bermain dengan emosi tersendiri, sekiranya ia tak mencapai kehendak mereka, saya mohon maaf kerana saya sudah lakukan yang terbaik buat anda,” ujar Izzue.

Ketika ditanya adakah drama ini mampu melonjakkan namanya lantas Izzue menjelaskan itu semua adalah rezeki yang kadangkala ada pasang surutnya.

“Sebelum ini banyak drama lakonan saya menerima reaksi positif penonton, saya harap drama ini juga mampu menerima ‘feedback’ yang serupa,” katanya.

Suami Sebelah Rumah akan ditayangkan bermula hari ini, 2 Mac iaitu setiap Isnin hingga Khamis di slot Iris jam 6.30 petang hanya di TV3.

Related Posts