Isteri Fizo Omar kena sihir sampai tak boleh mengandung?

shares |


Disebabkan Fizo Omar dan isterinya Mawar dah lama berkahwin tetapi masih lagi belum mempunyai zuriat.. Ada pihak mendakwa Mawar terkena buatan orang atau perkara lebih senang ialah disihir sehingga sukar untuk mengandung..

Perbuatan sihir ini juga dipercayai dilakukan ada kaitan dengan kejaya mereka berdua dalam bidang perniagaan.. Kiranya, Mawar ni kena sihir sebab ada orang benci melihat kejayaan yang diperolahi oleh Mawar dalam bidang perniagaan tudung Fareeda..

Bila ditanya kepada Fizo, dia tak menidakkan dakwaan itu.., mungkin perkara ini berlaku di luar pengatahuan dia.. Maklumlah bukan boleh nampak sangat tanda-tanda kena sihir ni..

“Saya tidak kata ya dan tidak kata tidak, mungkin berlaku di luar pengetahuan saya. Setakat ini tiada apa-apa yang pelik berlaku.

Saya bukan tak percaya benda itu ada, sekiranya berlaku, dengan izin Allah. Kalau tak dapat anak bukan sebab perbuatan orang, mungkin belum sampai masanya.” ujarnya..

Kalau perkara ini adalah betul, memang kecian betul Miss A dengan perkara yang menimpa pasangan ini.. Tapi manusia ni memang kadang-kadang ada yang busuk hati, tak boleh langsung tengok orang lain berjaya, ada je benda yang mereka nak buat..

Related Posts