Kisah Para Syuhada Bernama Uhud Abdullah bin Amru

shares |


Kisah Para Syuhada Uhud Abdullah bin Amru- Abdullah bin ayah Jabir ra adalah diantara para sahabat Nabi saw yang turut serta dalam peperangan Uhud. Abdullah syahid sebagai para syuhada Uhud dalam peperangan itu. Beliau dikenali juga sebagai Abdullah bin Amru.

Bila Rasulullah saw melihat anak perempuannya menangis tersedu-sedu atas kematian ayahnya . Baginda bersabda :"Janganlah kau tangisi kematian ayahmu kerana para malaikat mengasihinya dan sentiasa menaunginya dengan sayapnya sampai kamu mengiringinya ke kubur."

Imam Syarani meriwayatkan dari Jabir bahawa ketika berlaku banjir besar di Madinah beliau telah menggali semula kuburnya untuk dipindahkan ke tempat lain. Kata Jabir ra :"Aku dapati jasad ayahku dan beberapa orang syuhada yang lain tetap sama seperti aku mengebumikannya dahulu."

Jabir ra berkata di antara masa berlakunya Perang Uhud hingga masa bajir besar itu dikatakan lebih kurang kira-kira 40 tahun. Banjir besar ini dikatakan berlaku masa Zaman Khalifah Muawiyah.

Bagi mengeringkan air yang bertakung di Kota Madinah itu, air perlu dialirkan ke tempat yang lebih rendah melalui perkuburan Uhud. Maka kuburan itu digali dan mayat-mayat di dalamnya dipindahkan ke bahagian lain yang lebih tinggi.

Jabir ra berkata: "Aku sendiri melihat mayat-mayat para syuhada itu diangkat seperti orang yang sedang tidur. Bila mayat para syuhada Hamzah ra iaitu bapa saudara Rasulullah, diangkat dan kakinya terguris dengan hujung penggali kelihatan darah mengalir dari kakinya."

Mayat Abdullah telah dikuburkan kembali beramai-ramai dalam sebuah kuburan. Jabir ra mengambil kesempatan itu untuk menguburkan kembali ayahnya dalam sebuah kuburnya sendiri.

Related Posts