Model dan artis terkenal kantoi jual tubuh!!

shares |


SURABAYA: Sejumlah model dan artis terkenal Indonesia diyakini terbabit dalam sindiket pelacuran yang mengenakan bayaran antara Rp15 juta (RM4,000) hingga Rp25 juta (RM6,680)

Kegiatan itu terbongkar selepas polis Jawa Timur menahan seorang model berasal dari Surabaya di sebuah bilik hotel empat bintang.

Jurucakap polis berkata, model berusia 25 tahun itu mengenakan bayaran Rp15 juta sebelum bersetuju melayan kehendak seorang lelaki tempatan.

“Selepas ditangkap dan dibawa ke balai polis untuk disoal siasat, model itu mengaku tidak beroperasi sendirian, malah ada ejen yang mencari pelanggan,” katanya.

Jurucakap polis itu berkata, ejen terbabit juga bukan sembarangan, sebaliknya seorang penyampai televisyen dan pengelola majlis keraian.

Hasil maklumat berkenaan, katanya, penyampai televisyen itu juga ditangkap.

Selain suspek, polis juga merampas pelbagai barang bukti, termasuk wang tunai, dua telefon BlackBerry dan kondom terpakai.

Kata jurucakap terbabit, penyampai televisyen itu mendakwa model yang ditangkap itu bukan satu-satunya selebriti yang ditawarkan untuk ditiduri.

“Dia mengaku ada stok model dan artis yang boleh dibayar untuk memuaskan nafsu.

“Sekurang-kurangnya ada 25 selebriti yang boleh disewa melalui penyampai televisyen berkenaan,” katanya.

Pegawai kanan polis Jawa Timur, Heru Purnomo pula berkata, kes berkenaan sedang diteliti.

“Kami masih cuba mendapatkan maklumat lanjut untuk mengetahui sejauh mana aktiviti ini beroperasi,” katanya.

Sumber pula berkata, kegiatan penyampai televisyen itu sudah berjalan sejak beberapa tahun lalu.

Katanya, sebahagian besar pelanggan mereka ialah lelaki golongan atasan atau ahli perniagaan.

“Kebanyakan urusan mereka berjalan melalui Facebook atau telefon, termasuk penetapan harga dan lokasi,” katanya. - Agensi

Related Posts