Nak tak kalau mesin layan diri macamni kat Malaysia?

shares |


SELALUNYA mesin layan diri macam ni banyak kita jumpa untuk menjual minuman panas atau sejuk serta makanan ringan, tapi sebenarnya banyak lagi produk yang boleh dijual di mesin layan diri.

Seperti di Jepun, Amerika Syarikat dan Hong Kong, mesin layan diri menjual pelbagai produk bukan sesuatu yang asing. Kita boleh membeli makanan panas, payung, rokok, gajet waima seluar dalam dari mesin layan diri.

Jom kita tengok mesin-mesin layan diri yang ‘cool’ ni…

1. Mesin Gajet, anda boleh membeli peranti elektronik dari mesin ini termasuk Ipad. Mesin ini terdapat di Los Angeles.


2. Nak tilik nasib? Boleh guna mesin jer… nak percaya atau tak terpulanglah…


3. Teringin nak makanan laut segar? Boleh ditemui di Osaka. Harga seekor udang ini bermula dari 100 yen…


4. Pakaian dalam pun boleh beli dari mesin layan diri. Cuma pastikan saiz yang betul jer… heheheh


5. Panas atau hujan tiada masalah. Nak beli payung pun boleh…


6. Makanan panas boleh dibeli 24 jam…


7. Telur pun dijual…


8. Sempoi la boleh beli sandal kat sini jer…


9. Nak buat kejutan pun senang…. Gubahan bunga segar siap sedia untuk dihadiahkan.


10. Makanan sihat… salad segar dari mesin layan diri.


Rasanya dah tiba masanya kita mempunyai lebih banyak mesin layan diri macam ni. Maklumlah di zaman serba pantas, teknologi dan kemudahan sebegini sangat membantu!

Related Posts