Perkahwinan Paling Cool Tahun Ini

shares |


Sporting ! Itulah perkataan yang keluar selepas melihat video sebuah majlis perkahwinan yang dimuat naik oleh salah seorang rakan pengantin wanita di laman sosial Facebook.

Video ‘flashmob’ yang berdurasi tiga minit itu menjadi ‘viral’ apabila beribu pengguna laman sosial itu mula berkongsi di Facebook.

Pelbagai reaksi serta komen positif dan negatif diterima namun itu tidak memberi apa-apa kesan kepada pihak pengantin.



Menurut rakan pengantin, mereka tidak kisah apa pandangan orang ramai kerana mereka hanya ingin meraikan rakan setarian mereka yang sudah mengakhiri zaman bujangnya.


Mereka yang juga merupakan penari kebudayaan di bawah kumpulan Gemalai Qarma Dansa beranggapan segala kritikan baik dan buruk itu adalah lumrah sebagai penari.

Sebelum ini mereka juga kerap mengadakan persembahan di majlis-majlis perkahwinan. -MYNEWSHUB

Related Posts