Rompakan gagal, perompak diberkas pekerja

shares |


KUCHING: Seorang lelaki yang cuba merompak sebuah restoren di Bangunan Sego, Jalan Sultan Tengah di sini diberkas beberapa orang pekerja permis tersebut semalam.

Difahamkan, kejadian berlaku lebih kurang jam 10 malam, ketika permis tersebut hendak menamatkan operasi perniagaan.

Salah seorang pekerja yang berusia 18-tahun yang berada di bahagian permis tersebut meluru keluar di bahagian juruwang apabila terdengar jeritan rakannya.

Apabila tiba di sana, beliau mendapati rakannya sedang bergelut dengan suspek sebelum bertindak membantu rakannya menangkap lelaki yang tidak dikenali berkenaan.

Seorang lagi lelaki, yang dipercayai rakan suspek yang menunggu dibahagian luar permis tersebut berjaya melarikan diri.


Polis yang tiba ditempat kejadian menemui kemnbali wang sebanyak RM300 yang dipercayai telah dirompak oleh suspek.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad, ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Suspek, 29 tahun, berasal dari Taman Sukma, Jalan Sultan Tengah yang mengalami luka dibahagian kening kini dalam tahanan polis dan akan dibawa ke mahkamah dalam masa terdekat untuk mendapat perintah tahanan reman bagi membantu siastan kes yang disiasat di bawah Seksyen Kanun Kesiksaan 395 atas kesalahan merompak.

Polis juga sedang mengenalpasti identiti rakan suspek.

Related Posts