Selebriti wanita ini pernah jadi bohsia?

shares |


Pasti ramai tidak terkejut kalau admin memberitahu artis ini liar sewaktu zaman remaja.

Dia bukanlah popular dalam industri seni tanah air tetapi sangat popular dalam kalangan pelajar sekolahnya.

Walaupun kisah ini sudah lama tetapi admin sedikit pun tidak terkejut mendengar gosip itu kerana dia pernah mencetuskan kontroversi panas.

Ceritanya artis itu ketika zaman sekolah bukanlah pelajar yang pandai dan suka duduk di belakang kelas.

Dia juga menjadi gadis idaman pelajar lelaki kerana dikatakan pelajar paling cantik di sekolah.

Malah, artis itu juga pernah dilabelkan sebagai ‘bohsia’ rakan sekolah dan penduduk di kawasan perumahannya kerana kerap ‘diusung’ jantan ke hulu ke hilir.

Selain itu, admin turut diberitahu artis itu pernah dilihat melakukan perbuatan tidak senonoh dengan salah seorang mat rempit.

Admin hanya mampu menggeleng kepala ketika mendengar cerita itu daripada bekas rakan sekolah artis terbabit.

Namun, dengar khabar artis itu kini mula berubah menjadi baik sejak mendirikan rumah tangga.

Bagi admin, setiap orang ada melakukan kesilapan dalam hidup dan pengalaman itu akan dijadikan sebagai pengajaran untuk berubah menjadi lebih baik.

Related Posts