Sharifah Sakinah Berani Tanggung Risiko Tayang Peha Gebu

shares |


CAKAPLAH apa sahaja mengenai Sharifah Sakinah. Tak sikit pun berkudis di hatinya.

Sering memuat naik gambar tubuh badannya yang seksi di laman Instagram, terbaharu, aktres berusia 26 tahun itu tampil mengiurkan sebagai gadis penghias muka hadapan majalah Wanita & Wawasan bagi edisi Mac 2015.

Menggayakan gaun koktel berwarna merah jambu yang mendedahkan bahagian paha kirinya, Sakinah pastinya sudah dapat menjangkakan kritikan yang bakal diterimanya, lantas keluarlah kenyataannya yang berbunyi begini, “berani buat beranilah tanggung”.

“Kalau kita asyik nak fikir apa orang kata, tidak ke manalah jawabnya. Saya ada pendirian saya. Lagipun bakal suami saya mengenali saya seadanya. Sebagai artis saya faham, sentiasa ada banyak mata yang memerhatikan kita. Ini jalan yang kita pilih, kita harus terima.

“Bagi saya, imej itu bukan isunya tapi apa yang penting kita tahu tanggungjawab. Kalau nak terbuka atau tertutup, soal seksi atau tidak, jika seseorang itu berani buat dia juga perlu berani tanggung risikonya. Kalau kita seksi tapi orang tak suka, ada orang kata apa yang kita buat itu salah atau betul, kita kena terimalah,” katanya memetik Malaysian Digest.

Untuk pengetahuan anda, Sakinah bakal mendirikan rumah tangga pada 28 Mac ini dengan tunangnya yang merupakan seorang juruterbang Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), Aliff Adha.


Yang menariknya, pada majlis pernikahannya itu nanti, Sakinah menyatakan dia tidak akan menerima sebarang wang hantaran seperti mana kebiasaan pasangan mempelai lain.

“Bakal suami saya tak beri wang hantaran sebab memang saya tak minta. Lagipun apa yang penting kami mahu halalkan perhubungan kami. Jadi, kami tak ikut sangat adat.

“Saya rasa selepas kahwin pun, tiada apa yang berubah sangat. Kerjaya saya masih lagi seperti biasa. Dia (Aliff) sangat memahami. Kami akan tetap seperti teman lelaki dan teman wanita cuma bezanya hubungan kami sudah halal,” ujarnya lagi.

Tahniah diucapkan buat Sakinah dan pasangan, semoga segala perancangan menjelang hari bahagia itu berjalan lancar seperti yang direncanakan.

Related Posts