UNIK! Pengantin Bersanding Dalam Bas Rapid Penang

shares |


MACAM-MACAM cara dilakukan oleh pasangan pengantin bagi mengabadikan hari bersejarah mereka supaya majlis perkahwinan yang dilangsungkan tampak unik dan meriah.

Bak kata orang, sekali seumur hidup. Apa salahnya kan…

Bagaimanapun, idea sepasang pengantin baru yang memilih untuk bersanding dalam bas Rapid ketika melangsungkan majlis di Pulau Pinang semalam, berjaya mencuri perhatian ramai.



Bagi merealisasikan hasrat pasangan pengantin ini, bas Rapid yang menjadi ‘pelamin’ mereka dihias indah.

Tetamu yang datang rata-rata tak mahu ketinggalan bergambar untuk mengabadikan kenangan rare hingga membuatkan gambar pasangan pengantin baru ini tersebar di laman sosial.

Difahamkan bas berkenaan ditaja memandangkan pengantin lelaki merupakan staf Rapid Penang. -mynewshub

Related Posts