WhatsApp Nota "Bersiap Sedia Untuk Mati"

shares |


Alor Gajah – Seorang lelaki sempat menulis sekeping nota perancangan hidupnya sepanjang 2015 termasuk ‘bersiap sedia untuk mati’ dan dikirim melalui aplikasi WhatsApp kepada rakan sebelum terbabit dalam kemalangan maut di Jalan Hutan Perca-Tampin, di sini, awal pagi semalam.

Nota yang ditulis Mohd Firdaus Jamaluddin, 23, dikirim melalui aplikasi WhatsApp tertera hasrat dia menyenangkan ibu bapa, memiliki kereta dan rumah sendiri, kahwin dengan perempuan Turki, mahu menjadi kapten kapal dan bersyukur dengan nikmatNya.

Mohd Firdaus yang juga kelasi kapal, sedang bercuti dikatakan menumpang lori muatan arang batu dipandu rakan, Mohd Faizal Musan, 23, tersepit di tempat duduk penumpang, selepas kenderaan itu hilang kawalan dan berlanggar dengan sebuah lori sebelum terbabas, jam 1.45 pagi.


Sumber berkata, sebelum kejadian, mangsa yang baru dua hari bercuti keluar dari rumah jam 10 malam bersama rakannya, Mohd Faizal sebelum minum bersama S Ramesh, 38, di gerai makan di pekan Alor Gajah, di sini.

Menurutnya, difahamkan, kedua-dua lori terbabit dalam perjalanan dari Bukit Bulat ke Gemencheh dengan membawa muatan arang batu ke kilang di sekitar Bahau sebelum kedua-dua lori terbabit dalam kemalangan. – myMetro Online

Related Posts