12 Cara terbaik simpan Alatan & Bahan Solekan

shares |


Menyimpan alatan dan bahan solekan anda dengan cara yang betul bukan sahaja dapat memastikan keselamatan dan ketahanan produk, tetapi juga membantu mengekalkan kesegaran mereka.

Hari ini kami kongsikan beberapa cara untuk menyimpan barang solekan dengan betul dan praktikal.

1. Simpan barang solekan anda di tempat yang selamat, jauh daripada jangkauan kanak-kanak. Sebaik-baiknya di dalam almari. Ini juga membolehkan semua produk solekan anda bebas daripada habuk.

2. Pastikan ia disimpan di tempat yang kering, bebas daripada kelembapan.

3. Pilih satu bekas yang sesuai untuk meletakkan berus dan pensel solekan bersama-sama.

4. Beli beg alat solekan kecil untuk tujuan travel bagi memudahkan anda menyimpan barangan kosmetik yang minimum dan dapat membawanya dengan mudah dan selamat.

5. Jangan lupa untuk menyimpannya dengan bersih, di tempat bersih bagi memastikan kebersihan menyeluruh.

6. Pilih jenis beg atau bekas simpanan yang berbeza seperti beg kosmetik boleh lipat, bekas kosmetik aluminium, beg plastik telus berzip untuk menyimpan barang kosmetik anda yang pelbagai.

7. Bezakan barang solekan kering dan basah agar anda dapat menyimpannya dengan baik.

8. Pastikan makeup organizer anda dibersihkan secara berkala.

9. Simpan semua barang solekan yang digunakan setiap hari di rak paling mudah diakses dan selebihnya dalam tempat yang lain.

10. Anda boleh menyimpan barang solekan yang berlainan bagi kategori yang berbeza, di rak solekan yang berbeza untuk menyusun mereka dengan mudah. Sebagai contoh, semua barang solekan yang berkaitan dengan mata boleh disimpan dalam satu laci, untuk bibir dalam laci yang lain dan sebagainya.

11. Anda perlu membuang semua produk lama dan tidak digunakan lagi bagi menyediakan ruang pada barang kosmetik yang baru.

12. Simpan alatan dan bahan solekan mengikut jenama. Ia membolehkan anda memilih jenama kegemaran anda dengan mudah.

Related Posts