Akibat kuat cemburu lelaki ini nekad gemukkan teman wanita

shares |


Seorang wanita Cina telah menerima lamaran perkahwinan daripada seorang lelaki yang telah memaksanya untuk menambah berat badan bagi menangkis saingan percintaan.

Yan Tai, 20, bertemu You Pan, 25, dua tahun yang lalu. Berat badan beliau ketika itu hanyalah 45 kilogram. Ini adalah beliau dua tahun yang lepas.


Pan merupakan seorang kekasih yang kuat cemburu, sering bimbang sekiranya teman wanitanya itu akan menarik perhatian lelaki lain. Sejak itu, beliau mula memberikan makanan kepada kekasihnya itu dalam jumlah yang banyak, bertujuan untuk menggemukkannya. Usaha itu dilakukan Pan demi menyingkirkan potensi cinta selain dirinya.

Pan dilaporkan telah membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk memastikan Tai makan makanan dalam kadar yang banyak setiap hari. Beliau juga akan membangunkan teman wanitanya itu pada tengah malam untuk memberikan makanan ringan kepadanya.

Selepas dua tahun lebih Tai makan dengan kadar keterlaluan, berat badan beliau telah naik sebanyak 40 kilogram menurut laporan Daily Mail.


Selepas Pan berjaya membangkitkan ketagihan makanan dalam diri Tai, beliau telah melamarnya di hadapan restoran kegemaran mereka, dan Tai berkata ya!

Pan berkata beliau akan memberikan makanan kepada Tai dengan lebih lagi setelah Tai menjadi isterinya.

Related Posts