Antara Nafsu Lelaki dan Perempuan

shares |


Sebenarnya pendapat mengatakan lelaki diberi 9 akal dan 1 nafsu manakala wanita pula diberi 9 nafsu dan 1 akal adalah kurang tepat. Kerana Islam mengajar semua manusia samaada lelaki atau wanita supaya mengawal nafsu dan menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang boleh membangkitkan nafsu syahwat.

Islam mewajibkan wanita tutup aurat dan menjaga pandangan supaya terhindar daripada godaan hawa nafsu yang ada pada diri wanita sendiri dan diri kaum lelaki. Lelaki juga diperintahkan supaya menjaga mata dan tidak boleh mengekori aurat wanita.

Di larang wanita dan lelaki berdua-duaan kerana yang ketiga adalah syaitan. Jika masing-masing boleh menjaga akhlak dan mengikut perintah Allah SWT dan suruhan Nabi SAW maka akan terpeliharalah nafsu manusia dan akan disalurkan kepada jalan yang dihalalkan saja.

Allah SWT berfirman bermaksud:

“Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." (Surah al-Israk, ayat 32)

Nafsu tak boleh dihapuskan kerana ianya fitrah manusia tetapi perlu dikawal dengan iman dan takwa kepada Allah SWT.

Wallahu a`alam

Related Posts