Benarkah cukur bulu kening boleh nampak hantu??

shares |


Berapa ramai yang suka cukur kening? Baik ngaku? Tapi tak payah la mengaku kat sini.. Ngaku kat diri sendiri sudah la. Betul ke kalau cukur kening boleh nampak hantu?

Apa kaitan kening & hantu? kenapa orang cukur kening je boleh nampak hantu? Atau orang yang cukur kening tu nampak macam hantu? Tu dia senapas soalan nak kena jawab. Jenuh nak sedut gas nanti...

Bagi menjawab mitos yang paling legend pernah wujud dalam masyarakat melayu ni.. bagi aku tarik nafas tiga empat das sat yer...

Yer.. tu cuma mitos orang dulu - dulu. Yang katanya barang siapa cukur kening akan nampak hantu sebabnya tak nak bagi anak2 dara tiru retis zaman tu yang kalau cukur kening tinggal segaris pensil jer. Nampak buruk giler.. Dah macam hantu pun ada.

Jadi orang tua2 dulu ni memang kreatif bab nak memomokan orang muda belia dengan cerita hantu jadi di ciptakan mitos cukur kening boleh nampak hantu.

Sebenarnya cukur kening tanpa sebab yang dibolehkan adalah haram. Tapi orang tak berapa heran dengan perkataan haram, maybe tu jugak salah satu sebab orang tua zaman dulu kala mencipta mitos pelik2 yang tak logik.

Tapi zaman tu, zaman yang masih kuat dengan kepercayaan mitos, mistik & misteri ni.. Benda2 macam tu mampu mempengaruhi kepercayaan warga muda mudi.

Tapi zaman teknologi sekarang.. budak 4 tahun pun dah pandai pertikai. Cuba cakap kat dia.. jangan cukur kening nanti nampak hantu confirm dia tanya balik.

Kenapa cukur kening boleh nampak hantu? Secara logiknya budak 4 tahun pun tak nampak ada kaitan antara cukur kening & hantu.. hehehehe


Biarpun era dimomokkan dengan cerita2 hantu untuk mengawal tingkahlaku golongan muda dah lama berakhir namun kita boleh nampak orang dulu2 memang kreatif mencipta mitos kan? Sampai ada yang masih percaya sehingga ke hari ni.

Moral of the story.. Cukur kening kalau sampai dah nampak macam takde kening bukan boleh nampak hantu tapi confirm nampak macam burung hantu. hehehehehe Peace Yo! - lekatlekit

Burung hantu nak join geng hantu tak? huahaha..

Related Posts