Cara Solat Jika Terperangkap Dalam Kesesakan Lalu Lintas

shares |


Soalan : Saya bekerja di Kuala Lumpur dan sering terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Kerap juga saya tidak sempat solat magrib kerana berada di dalam kereta dan tidak dapat bergerak ke mana-mana . Dalam keadaan ini bolehkah saya menjamakkan solat magrib ke dalam waktu isyak ?

Jawapan : Terperangkap dalam kesesakan lalu lintas bukan darurat yang mengharuskan anda mendapat rukhsah (keringanan ) untuk jamak. Dalam keadaan yang sering menimpa warga kota ini, anda perlu bersolat magrib sambil memandu!

Caranya sangat mudah. Anda hanya perlu berniat dan bertakbir seperti biasa tanpa perlu mengangkat tangan daripada stereng. Lakukan rukun-rukun qauli (bacaan) seperti biasa dengan mata memandang ke jalan raya.

Rukun-rukun fi'li (perbuatan) dilakukan dengan gerakan yang sedikit, sekadar membezakan antara satu rukun dengan rukun yang lain. Seperti rukun qiam (berdiri) digantikan dengan bersandar pada kusyen; rukuk dilakukan dengan mengerakkan sedikit tubuh ke hadapan ; sujud dilakukan dengan mengerakkan tubuh sedikit ke hadapan; dan duduk dilakukan dengan menggerakkan tubuh sedikit ke belakang. Semua perbuatan ini hendaklah dilakukan tanpa mengganggu konsentrasi pemanduan.

Sekiranya anda sampai ke rumah ketika waktu magrib masih ada, solat magrib wajib dilakukan seperti biasa. Sekiranya terlepas magrib anda perlu mengqadanya, kerana solat yang dilakukan di dalam kereta hanya sebagai menghormati waktu.

# Solat perlu ada wuduk,wuduk perlu digantikan dengan tayamum (darurat ).

Sekiranya bersolat dalam keadaan yang bergerak seperti kereta, disyaratkan menghadap ke arah kiblat pada permulaan solat tersebut sekiranya mampu melakukannya. Dalil yang mensyaratkan perkara ini ialah hadis Anas katanya bermaksud:

"Rasullulah ketika bermusafir dan ingin bersolat solat di atas tunggangannya , dia menghadap ke arah kiblat dan bertakbir untuk solat , kemudian dia melepaskan tali tunggangannya, dan bersolat ke arah mana ia (tunggangnya menghala)." (Direkodkan oleh Ahmad dan Abu Daud)

Tetapi sekiranya sukar atau boleh mendatangkan bahaya , seperti seorang yang sedang memandu kereta atau bot, tidak perlu dia menghadap ke arah kiblat.

Petikan : Buku"Anda Bertanya Ustad Menjawab Mengenai Solat" Rohidzir Rais

Related Posts