Face Slapping, Teknik Tampar Wajah Untuk Rawatan Anti Penuaan

shares |


Tampar muka orang baik untuk anti penuaan. Biar betul? Di Thailand sedang berkembang rawatan wajah dengan teknik menampar wajah. Ianya dipanggil face slapping, tujuannya sebagai rawatan anti penuaan.

Face Slapping dikatakan bermanfaat sebagai rawatan anti penuaan sejak 100 tahun yang lalu bermula di Thailand. Rawatan unik ini diperkenalkan oleh seorang perempuan berketurunan Thailand, Tata yang mempelajari teknik rawatan ini di tempat kelahirannya. Kini, teknik rawatan ini dibawanya ke Amerika dan menarik perhatian ramai.

Bagaimana cara pelaksanaannya? Pertama, Tata akan mainkan lagu rancak, dari sinilah Tata mula mengikuti irama lagu tersebut sambil melakukan face slapping. Berbeza dari cara menampar yang talapak tangan, face slapping ini menggunakan telapak tangan yang dikepit yang diikuti dengan beberapa gerakan jari. (Boleh tengok pada gambar)


Kawasan wajah yang akan mendapatkan teknik face slapping ini meliputi pipi, dagu, hingga kening yang mendapatkan urutan kecil dengan menggunakan jari.

Tata mengaku bahawa apa yang dilakukannya ini adalah untuk membuat tanda-tanda penuaan di wajah seperti kedutan akan berkurang. Tata juga menekankan bahawa face slapping ini boleh membuat wajah kelihatan lebih slim walaupun selepas rawatan selesai.

Menurut ahli bedah plastik Dr. Matthwe Schulman pada Daily News, teknik menampar wajah ini memang boleh melebarkan saluran darah dan melancarkan peredaran darah di kawasan wajah.

Dengan peredaran darah yang lancar, kulit pun boleh membuang racun secara semulajadi dan lebih optimum serta mampu merangsang pengeluaran kolagen dan meningkatkan kualiti kulit.

Namun, menurut dermatologist Dr. William Kwan dari San Francisco, walaupun face slapping ini memang boleh memberikan manfaat seperti meningkatkan peredaran darah, namun hal itu hanya akan berlaku sementara.

Related Posts