Hukum Oral Seks mengikut Islam

shares |


Allah Swt menciptakan tubuh manusia dengan fungsinya yang tertentu. Justeru itu islam melarang kaum suami bersetubuh dengan isteri melibatkan dubur dan juga semasa haid atau nifas.

Pengharaman ini mempunyai dalil yang khusus. Namun, isu seks oral ini tidak mempunyai dalil yang khusus yang melarangnya.

Hal ini menyebabkan berlakunya perbezaan pendapat di kalangan ulama islam. Seks oral atau teknik dental dam merujuk kepada perbuatan suami menjilat kemaluan isteri ketika bersetubuh.

Ulama bersependapat bahawa jika sekadar menyentuh atau menggosok kemaluan suami atau isteri tanpa seks oral ia dibenarkan menurut para ulama islam kerana ia tergolong dalam bentuk aktiviti menaikkan syahwat antara suami isteri yang diharuskan. Berkenaan isu oral seks terdapat dua kumpulan ulama yang berbeza pendapat :

1- Ulama yang menghukumkan haram.

Dr. Syeikh Yusof Al-Qardhawi (rujuk www.islamonline.net) berfatwa HARUS untuk mencium kemaluan isteri atau suami dengan syarat tidak menghisap atau menelan apa jua cecair yang keluar darinya.

Menelan atau menghisap sebegini adalah MAKRUH disisi islam kerana ia salah satu bentuk perlakuan zalim (meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya) dan melampaui batas dalam hubungan seksual.

Ada yang pasti diharamkan menurut beliau adalah 'anal sex' atau seks melalui lubang dubur kerana terdapat nas yang jelas dari al-Quran dan hadis yang melarangnya.

Pandangan harus atau boleh dilakukan ini dikongsi oleh Mufti Mesir, Syeikh Dr.Ali Al-Jumaah dan Dr.Sobri 'Abdul Ra'ouf (Prrof.Fiqh di Universiti Al-Azhar) tidak ini harus selagi ianya dirasakan perlu bagi menghadirkan kepuasan kepada pasangan suami dan isteri terutama jika ia dapat menghindarkan pasangan ini dari ketidakpuasan yang boleh membawa mereka ke lembah kemaksiatan kelak.

Namun begitu, ke semua mereka yang mengharuskan termasuk Syeikh Yusof Al-Qardhawi tidak pula menghuraikan satu isu yang mungkin boleh dipanjangkan perbahasannya iaitu bab kenajisan air mazi dan air mani.

Justeru itu, fatwa beliau boleh digunakan dalam keadaan tiada sebarang cecair yang dikeluarkan semasa aktiviti seks oral ini. Namun, keadaan ini dikira sukar berlaku bagi seseorang yang normal nafsunya yang meningkat pastinya akan mengeluarkan cecair pelincir iaitu air mazi.

Air mani lelaki atau wanita dikategorikan najis menurut mazhab Hanafi dab Maliki. Mazhab Syafie dan Hanbali pula menganggapnya suci.

Namun begitu, semua ulama bersetuju air mazi adalah najis. Hasilnya majoriti ulama mengatakan menelan atau hisap cecair ini adalah haram atau makruh berat. Beberapa ulama kontemporari menegaskan perlu dibasuh dengan segera jika terkena air mazi tadi.

Mazi najis kotor dalam islam. Justeru haram memakan tahi, meminum air kencing dan termasuk air mazi ini. Bukan sekadar haram memakan najis malah ulama empat mazhab juga menfatwakannya haram untuk menjual najis (kecuali setelah proses menjadi baja) , apatah lagi untuk menjilat, hisap dan menelannya. Sudah tentulah ianya haram.

Selain itu, menurut undang-undang Malaysia ia adalah satu perkara yang tidak normal khusus orang yang pelik atau luar biasa nafsunya. Seks oral dikategorikan seks luar tabii. Ia adalah salah menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dikenakan hukuman sebat dan 20 tahun penjara.

Justeru, mana-mana pasangan kekasih yang melakukan perkara ini boleh diambil tindakan Undang-Undang Malaysia. Dari sudut Undang-Undang Islam ia dikira berdosa besar dan boleh disebat dan 20 tahun penjara tadi sebagai ta'zir di dalam islam bagi mereka yang disabitkan bersalah.

Ulama Yang Mengharamkan

Kebanyakan ulama Arab Saudi mengharamkan perbuatan ini. Hal ini dapat dilihat dari fatwa-fatwa berikut :

Mufti Arab Saudi (selatan), Asy-Syeikh Al'Allamah Ahmad bin Yahya An-Najmi menjawabnya : "Adapun hisapan isteri terhadap kemaluan suaminya (seks oral) , maka haram. Hal ini kerana kemaluan suami dapat memancarkan mani, mazi, dan lain-lain. Maka jika air mazi keluar masuk ke dalam mulutnya lalu ke perutnya maka ia menjadi penyakit baginya."

Melalui pandangan ini kita dapat melihat satu point penting iaitu memberikan kesan buruk kepada kesihatan pasangan. Jika diamati ulama yang membolehkan perilaku ini pun mengharamkan jika dapat dibuktikan secara saintifik ini kerana ia membawa bakteria yang berbahaya yang menyebabkan penyakit serius.

Seorang doktor sakit puan terkenal, Dr. Ismail Thambi pernah menyatakan bahawa bakteria yang berada di mulut sangat mulut berbanding kemaluan. Hal ini dibimbangi tidakan seks oral boleh membawa penyakit kemaluan disebabkan bahagian mulut pasangan yang mempunyai banyak bakteria dan kuman .

Selain itu, ilmuan islam, Syeikh Nasiruddin Albani menjelaskan :"Ini adalah perbuatan sebahagian haiwan seperti anjing. Kita mempunyai dasar umum bahawa di dalam banyak hadis, Rasulullah saw melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) haiwan seperti larangan beliau turun sujud seperti unta, dan menoleh seperti tolehan serigala serta mematuk seperti burung gagak. Telah dimaklumi dilarang menyerupai orang kafir maka diambil juga larangan tasyabbuh (menyerupai) haiwan-haiwan sebagai penguat yang telah lalu. Apalagi haiwan yang telah diketahui keburukan tabiatnya. "

Namun, pandangan dan dalil Syeikh Albani ini dianggap tidak kukuh ini kerana tindakan membuat kesimpulan tasyabbuh (menyerupai) secara haram secara total yang boleh didebatkan kesahihannya.

Demikian juga menyamakannya dengan perilaku haiwan. Benarkah haiwan melakukan seks oral?

Jika sekadar menjilat mungkin ya. Namun, menghisap kemaluan haiwan jantan? Adakah benar-benar haiwan betina melakukannya? Kita mungkin kurang pasti. Lalu bagaimana pula bagi haiwan yang mencium dan memeluk pasangannya? Adakah mencium dan memeluk pasangan juga diharamkan kerana menyerupai haiwan ? Sudah tentu tidak.

Kesimpulannya.

Melalui perbincangan dan pendedahan ringkas ini, jelas terdapat perbezaan dua kumpulan ulama dan hasil penelitian dapa kita buat kesimpulan bahawa ;

Elakkan dan jauhi aktiviti ini dan menghadkan kepada perilaku seks yang sihat bersama pasangan. Hal ini dapat menjauhi khilaf.

Harus bagi suami atau isteri mencium kemaluan dengan syarat tidak menghisap, menjilat atau menelan apa jua cecair yang keluar daripadanya. Perilaku membersihkan mulut dan kemaluan sebelum melakukan aktiviti seks bagi mengurangkan penyakit berjangkit. Makruh jika perbuatan itu sengaja meniru aksi seks melampau golongan bukan islam atau haiwan.

Haram menelan mazi atau mani pasangan masing-masing kerana islam mengharamkan umatnya melakukan perbuatan yang kotor dan jijik.

Hukum melakukannya bersama pasangan kekasih atau mana-mana pasangan yang belum nikah adalah HARAM dosa besar dan boleh didakwa. Dalam kaedah Fiqh Islam," Apa-apa yang membawa kepada haram maka hukumnya adalah haram jua."

Sebagai kesimpulannya, kita bimbang tindakan ini boleh membawa keinginan nafsu yang semakin membara dan tidak terkawal sehingga membahayakan diri dan masyarakat sekeliling di sebabkan nafsu. Layanlah nafsu secara berpada-pada agar tidak ditawan nafsu kelak.

Related Posts